Skip to content

Selamat Menduduki SPM 2026

  • by

Pada hari ini, 23 November 2027, calon-calon SPM menduduki peperiksaan SPM 2026 di Dewan Seri Tun Habab mulai 23 November 2027 hingga 17 Disember 2027. YDP PIBG mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tun Habab, Puan Hajah Noriasah binti Sadek mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan SPM 2026 kepada semua calon SPM.

“Ya Allah, lapangkanlah dada mereka, terangilah hati dan fikiran mereka, kuatkanlah ingatan serta ilhamkanlah jawapan yang tepat. Permudahkanlah setiap helaian soalan, tenangkanlah jiwa mereka dan kurniakanlah kejayaan yang setimpal dengan segala usaha dan pengorbanan.
Semoga pena yang menari di atas kertas menjadi saksi sebuah perjuangan, setiap jawapan menjadi asbab kejayaan dan setiap doa berakhir dengan khabar gembira.

Ya Allah, anugerahkanlah kejayaan yang cemerlang di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat.”
Amin Ya Rabbal Alamin.