Skip to content

Darwisy Nur Amani Johan Pengucapan Awam

  • by

Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Negeri Johor telah berlangsung sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 pada 16 November 2026. Pertandingan ini merupakan platform untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan berkomunikasi murid. SMK Tun Habab telah berjaya meraih pencapaian yang membanggakan apabila Darwisy Nur Amani binti Mohd Fareez dinobatkan sebagai Johan Kategori Menengah Atas dalam Pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Negeri Johor sempena HPBS 2026.

Kejayaan ini turut membolehkan peserta menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800.00 berserta sijil dan penghargaan kemenangan. Pencapaian ini merupakan hasil usaha, komitmen, latihan berterusan serta bimbingan guru pembimbing, iaitu Cikgu Dorina anak Tulis dan Cikgu Mohd Firdaus bin Syaid. Tahniah kepada saudari Darwisy Nur Amani dan guru pembimbingnya.