Skip to content

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2026

Kepada Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026,

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi mengucapkan selamat maju jaya dan setinggi-tinggi doa kepada seluruh calon SPM 2026 yang bakal menduduki peperiksaan, khususnya anak-anak murid di daerah Kota Tinggi.

Bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 hingga 29 Oktober 2026, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November 2026 dan Ujian Amali Sains pada 16 hingga 18 November 2026, setiap calon diharapkan dapat memberikan komitmen dan usaha yang terbaik.

Ingatlah, kejayaan tidak hadir tanpa usaha, pengorbanan dan doa. Hadapilah setiap ujian dengan penuh keyakinan, ketenangan dan semangat yang tinggi.

Kepada semua calon, jagalah kesihatan, uruskan masa dengan baik, patuhi arahan peperiksaan dan yakinlah dengan segala persediaan yang telah dilakukan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas segala bimbingan, pengorbanan serta sokongan yang diberikan dalam memastikan anak-anak kita melangkah ke medan peperiksaan dengan persediaan yang terbaik.

Tunjukkan kemampuan, buktikan usaha dan cipta kejayaan!

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, ketenangan hati, kelapangan fikiran dan kemudahan kepada semua calon untuk menjawab setiap soalan dengan baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

ANDA PASTI BOLEH!

Salam hormat,

ENCIK AZMAN BIN SAFII
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

#SPM2026
#AndaPastiBoleh
#KotaTinggiMengungguli
#SehatiMemperkasaManusiawi
#MemartabatInsani