Skip to content

Johan Pertandingan Video STEM AI

  • by

Pada 2 November 2026, SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai Juara Anugerah Platinum Kategori Sekolah Menengah (Video) bagi STEM AI Video Youth Innovation Challenge Peringkat Negeri 2026. Penyampaian hadiah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tahniah diucapkan kepada guru pengiringnya, Mawar Asmah Husna Binti Jasimin dan Cikgu Nurul Nadia Binti Ruhani serta kumpulan yang diwakili oleh Hanni Safiyyah binti Eedy Shalan, Aufa Safiya binti Noor Azil dan Tia Ardeeny Binti Mohd Rozairy. Pemenang menerima pingat, sijil dan wang tunai RM500.