Skip to content

Program Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin

  • by

Pada 2 Oktober 2026 telah berlangsung Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana untuk calon SPM dan STPM. Semua ibu bapa dan calon SPM dan STPM berkumpul di Musolla Al Habib. Program dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diikuti dengan solat hajat yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Hakimi dan tazkirah Keibubapaan untuk ibu bapa anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Para ibu bapa dan pelajar dijemput untuk bersarapan pagi. Program disambung dengan Hala Tuju SPM dan diikuti dengan Majlis Restu Ilmu.

Semoga segala doa dan usaha dipermudahkan serta membuahkan kejayaan untuk peperiksaan SPM dan STPM 2026