Skip to content

Wong Yuk Ying Terima Anugerah Istana Negara

Pada 29 April 2026 menjadi sejarah ulung bagi SMK Tun Habab apabila pelajar bernama Wong Yuk Ying telah dijemput ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menyertai Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang SPM B40 Negeri Johor.  Saudari Wong Yuk Ying adalah salah seorang daripada 104 pelajar SPM 2025 menerima anugerah yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia. Tahniah diucapkan kepada Wong Yuk Ying. Moga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepadanya untuk terus cemerlang dan gemilang dalam akademik. Buat calon SPM 2026, jadikan anugerah ini sebagai inspirasi anda dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2026 nanti.

Terima kasih kepada Wong Yuk Ying kerana sudi berkongsi gambar dengan pihak sekolah.