Selamat datang kepada Encik Mohd Hasmiziee bin Hassim yang memulakan tugas sebagai Pembantu Warden sepenuh masa di Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT). Semua warga SMK Tun Habab mengalu-alukan kehadiran Encik Mohd Hasmiziee dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan APKT dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta agama.
