Majlis Kepimpinan Unggul SMK Tun Habab 2026 berlangsung pada 9 Mac 2026 bermula jam 10.00 pagi di Dewan Seri Tun Habab. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Anak Suria dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan daripada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa dan perasmian Majlis Kepimpinan Unggul oleh Encik Esham bin Abd. Hamid, Penolong Pegawai (Sektor Pengurusan Sekolah) PPD Kota Tinggi. Slot persembahan multimedia mengambil tempat sebelum penyampaian watikah. YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadeh dan Pegawai Perhubungan Sekolah Tuan ASP Azri bin Mohd Yaakub turut hadir sama pada majlis ini.
Semua pelajar yang menjadi pemimpin di sekolah seperti Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6, Pengawas Sekolah, Student Leaders Board (SLB), Pengawas Pusat Sumber, Pengawas BADAR, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Exco Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) dan Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelas menerima watikah masing-masing. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab. amanah dan berintegriti menjadikan persekitaran sekolah lebih berdisiplin dan selamat.
Terima kasih atas kerjasama semua guru yang terlibat.





































































