Majlis Hitea dan Apresiasi STPM 2025/26 telah berlangsung pada 13 Februari 2026 di Hotel Hard Rock, Bandar Penawar yang dinamakan Majlis adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar tingkatan 6 STPM 2025 yang telah selesai menjalani peperiksaan STPM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan penghargaan dari pengerusi dan bekas pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6. Kemudian ucapan Cikgu Saharudin bin Abdullah (PK Tingkatan 6) dan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa.
Seterusnya sesi penghargaan yang disampaikan oleh pengetua kepada para pelajar yang mendapat pencapaian akademi yang baik dalam peperiksaan Semester 2 STPM 2025 dan MUET. Semua guru tingkatan 6 juga menerima cenderamata penghargaan. Puteri Alya Wafa binti Mohd Razif menyampaikan lagu secara santai sementara tetamu menikmati juadah yang disediakan oleh pihak hotel. Permainan kota beracun dan cabutan bertuah mengambil alih sesi sebelum majlis bersurai.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran Majlis Hitea dan Apresiasi STPM 2025/26.





































