Latihan merentas desa buat kali kedua telah diadakan pada 27 Januari 2026. Semua pelajar dan guru berkumpul di gelanggang bola tampar dan membuat aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan larian. Seterusnya latihan diteruskan menggunakan trek laluan yang telah disediakan sebelum menggunakan trek sebenar Kejohanan Larian Glorious SMK Tun Habab 2026.


















