Skip to content

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Kota Tinggi

Pertandingan Kutipan Sampah Sempena Johor Bersih Zon 17 dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Kota Tinggi telah berlangsung pada 26 Januari 2026 di Pantai Telok Mahkota Tanjung Sedili. Seramai 4 orang pelajar telah terlibat dalam pertandingan yang disertai oleh Izzara Rizqa Binti Mohd Rasyidi (2 Al Alusi), Nur Qaseh Qaisarah Binti Mohammad Hafiz (2 Ibnu Khaldun), Amani Zahraa’ Binti Muhammad Fairuzisfazdy (2 Ibnu Khaldun) dan Nur Ain Amani Binti Arbain (2 Al Jauzi).

SMK Tun Habab telah memenangi tempat keempat dari 12 buah sekolah sekitar Kota Tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing, Cikgu Nurul Armalyna binti Aziz.