Skip to content

Latihan Merentas Desa

Demam merentas desa datang lagi. Semua pelajar sesi pagi dan petang akan terlibat dengan Kejohanan Larian Glorious SMK Tun Habab 2026 pada 29 Januari 2026. Justeru itu, aktiviti kokurikulum pada kali ini dimulakan dengan latihan memanaskan badan dan seterusnya larian sekitar tepi sungai hingga Taman Kota Besar dan kembali ke sekolah. Latihan merentas desa selesai pada jam 9.00 pagi.

Terima kasih atas kerjasama semua guru dan pelajar.