Ucapan semangat daripada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi (Sektor Pengurusan Sekolah), Encik Esham bin Abd. Hamid mengiringi langkah 43 orang calon STPM ke dewan peperiksaan pada pagi yang tenang, 20 Januari 2026. Sebelum itu , bacaan doa oleh saudara Al Nazirul Muizz bin Bokhari memulakan perhimpunan sebelum peperiksaan. Diikuti dengan ucapan ringkas daripada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustapha. Kemudian pelajar bersalam-salaman dan terus bergerak ke dewan peperiksaan.
Semoga perjalanan peperiksaan hari ini berjalan dengan lancar. Good Luck!






























