Skip to content

Majlis Simfoni Perpisahan Harmoni Baharu

Majlis terakhir bersama-sama dengan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan Cikgu Sairi bin Surip (Setiausaha Sukan Sekolah) telah dilaksanakan pada 16 Januari 2026. Majlis Simfoni Perpsahan Harmoni Baharu ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab bagi meraikan Cikgu Sairi yang bertugas di SMK Linggiu sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Kemasyarakatan. Tuan Haji Khairuddin pula akan bertukar sekolah ke SMK Bandar Tenggara bagi menggantikan pengetuanya yang telah bersara.

Terima kasih Tuan Haji Khairuddin dan Cikgu Sairi kerana telah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada anak-anak suria SMK Tun Habab. Semoga mereka akan cemerlang di sekolah yang baru.