Sesi persekolahan 2026 telah bermula pada 12 Januari 2026. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang pertama berlangsung dengan penuh semangat dan bermakna, seiring pelaksanaan Kempen Jom Ke Sekolah, Sekolah Penyayang dan Amalan Minda Sihat. Perhimpunan ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan lafaz ikrar dan bacaan doa. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha memberikan ucapan aluan kepada semua pelajar SMK Tun Habab, diikuti dengan ucapan dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang dibacakan oleh PK Pentadbiran, Cikgu Saidin bin Rahmad dan PK Hal Ehwal Murid, Cikgu Norzianah binti Ngadiman.
Tuan ASP Azri bin Mohd Yaakub (Pegawai Perhubungan SMK Tun Habab) turut menyampaikan ucapan ringkas berkaitan dengan disiplin dan buli di sekolah. Hadirsama pada perhimpunan ini, YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek yang sentiasa meluangkan masa pada setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah. Penyampaian cenderamata kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir awal ke sekolah pada sesi persekolahan kali ini dan nyanyian lagu Anak Suria.
#PerhimpunanRasmiPertama
#JomKeSekolah
#SekolahPenyayang
#AmalanMindaSihat
#PermulaanYangBaik
#smktunhabab
Find Us At
Laman Youtube rasmi SMK Tun Habab http://www.youtube.com/@hababtv9704
Media sosial rasmi SMK Tun Habab http://www.instagram.com/smktunhabab
Tiktok rasmi SMK Tun Habab http://www.tiktok.com/@smktunhabab

















