Skip to content

Jom Perangi Aedes!

Gotong royong memerangi nyamuk aedes telah dilaksanakan pada 7 November 2025. Beberapa kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes telah dibersihkan.

Gotong royong mega ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan kepada semua sekolah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan kawasan sekolah, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dan menggunakan ubat pembunuh nyamuk aedes.

Menanam tumbuhan penghalau nyamuk aedes juga adalah antara langkah yang baik seperti menanam pokok serai dan lavender.

Â