Skip to content

Lawatan Pemantauan Kesejahteraan Sekolah

SMK Tun Habab menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantau kesejahteraan sekolah. Turut hadir pada lawatan ini ialah Encik Ali@Zainalabidin bin Syed Mohamed yang merupakan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD) dan Encik Zulkurnain bin Abd. Rahman iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran), Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Beliau sempat bertemu dan menyampaikan sedikit ucapan dengan pelajar SMK Tun Habab di Dewan Tun Sri Lanang. Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua guru SMK Tun Habab kerana telah melaksanakan pembelajaran dan kokurikulum sepanjang tahun.

Terima kasih tuan!