Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM 2025 & 2026 telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Dewan Seri Tun Habab. program anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling ini dimulakan dengan Bacaan Yaasin dan diikuti tazkirah dan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mhod Shukri di Musollah Al Habib.Â
Semua ibu bapa dan calon SPM dan STPM bergerak ke dewan untuk mendengar ucapan pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha dan pembentangan audit akademik SPM oleh PK Pentadbiran, Cikgu Saidin bin Rahmad. Manakala bagi audit akademik STPM pula disampaikan oleh PK Tingkatan 6, Cikgu Saharudin bin Abdullah. Majlis berhenti seketika untuk memberi ruang kepada ibu bapa dan pelajar menikmati kudapan yang disediakan. Usai kudapan, slot ceramah motivasi disampaikan oleh bekas pengetua SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, Tuan Haji Hamid bin Selamat mengisi ruang dan diakhiri dengan penyampaian alat tulis sebagai simbolik peperiksaan SPM dan STPM.
Semoga semua calon SPM dan STPM dapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak.Â
