Skip to content

Majlis Tautan Mesra Bersama Cikgu Norzita dan Alumni Bola Jaring

Majlis Tautan Mesra Cikgu Norzita dan Alumni Bola Jaring SMK Tun Habab telah berlangsung pada 11 September 2025. di Dewan Az Zahran, Kota Tinggi.

Cikgu Norzita binti Yunos menjawat jawatan sebagai PK Kokurikulum SMK Tun Habab bakal bersara pada 1 Oktober 2025. Pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha berbesar hati untuk hadir bagi meraikan Cikgu Norzitah dan turut menyampaikan sepatah dua kata majlis ini.

Majlis Tautan mesra Cikgu Norzita ini diadakan untuknya sebagai penghargaan beliau sebagai jurulatih bola jaring SMK Tun Habab. Pelbagai kejayaan dan pahit manis semasa melatih para pemain bola jaring tetap tersemat dalam ingatan beliau dan bekas pemain.

Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan.

Saudari Nur Aqilah Awatif binti Mohd Rashid telah dijemput untuk menyampaikan ucapan penghargaan mewakili bekas pemain bola jaring SMK Tun Habab. Kemudian diikuti dengan persembahan nyanyian oleh saudara Wa’ie bin Mohd Zin dan sesi penyampaian cenderamata kepada Cikgu Norzita mengakhiri majlis.