Skip to content

ASRAMA PUSAT KOTA TINGGI SMK TUN HABAB DI KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI

Asrama Pusat Kota Tinggi telah mewakili Daerah Kota Tinggi dalam dua acara di Karnival Seni dan Sukan Asrama Harian Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Muar, Johor pada 25 Ogos dan 26 Ogos 2025.

Bagi pertandingan Badminton, wakil Nursyazanahlia daripada (4 Al Khindi) dan Nurzafirah Amani tingkatan (3 Al Biruni) telah berjaya memperoleh tempat ketiga. Manakala bagi acara Sepak Takraw pula diwakili oleh Faeq Irfan bin Taufiq Hidayat (4 Ar Razi), Nadzmi Akmal bin Ismail tingkatan (3 Al Biruni), Khalis Fikri bin Khairul Anuar (3 Al Biruni) dan mereka juga berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kali ini.

Turut sama membimbing mereka adalah Cikgu Khairil Anwar bin Mohamad dan Ustaz Muhammad Hakimi bin Shukri serta diuruskan oleh Cikgu Nurashikin binti Ishak. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk tahun akan datang dan memperbaiki kedudukan.