Skip to content

Selamat Pengantin Baru Cikgu Amirah

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Amirah dan pasangannya yang baru melalui fasa rumahtangga pada 30 Ogos 2025. Majlis Walimatul Urus anakanda kepada pasangan Encik M.Razali bin Abd. Rahman dan Puan Rashidah binti Nawi diadakan di Grand Centro Ballroom, Klang berlangsung dengan penuh meriah.

Warga SMK Tun Habab mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Pucuk pauh delima batu,
Buah cempedak di ruang parkir.
Doa kami mengiringi kamu,
Bahagia sentiasa hingga ke akhir.

Pagi cerah, embun membasah,
Diiring burung menyanyi lagu.
Semoga rumahtangga diberkati Allah,
Cinta mekar sepanjang waktu.