
Tahniah diucapkan kepada Nor Aalim Hilmi bin Normazni kerana telah berjaya muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Golf MSSD Kota Tinggi yang diadakan di Orchard Golf & Country Club, Kota Tinggi pada 14 dan 15 April 2025. Manakala rakannya, Arfan Safiee bin Mohamad Saufi menduduki tempat ke-4.
Tahniah kepada para peserta dan guru pembimbing, Cikgu Mohd Nor Akmal bin Salleh. Mereka akan mewakili daerah Kota Tinggi ke Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ).