Corat Coret Hari Guru 2025

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2025 yang berlangsung pada 16 Mei 2025 yang bertemakan Guru Pemacu Reformasi Pendidikan di Dewan Seri Tun Habab. Semua guru berpakaian mengikut Movie Character yang popular. Pelbagai acara telah disajikan oleh pelajar-pelajar sebagai penghargaan kepada guru-guru mereka.
Tahniah kepada barisan Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab dan Badan Kepimpinan Pelajar 2025 yang menganjurkan majlis yang meriah ini.