Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2024
Pada 24 April 2025, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan. Semua calon SPM 2024 telah berada di dewan Pusat Tingkatan 6 (PTE) mulai jam 9.00 pagi untuk mendengar keputusan dan mengambil slip keputusan SPM 2024. Sebelum keputusan SPM 2024 diumumkan oleh pengetua SMK Tun Habab, Tuan Haji Khairuddin bin Mustapha, program Hala Tuju Selepas SPM dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi meredakan debaran ibu bapa dan calon SPM.
SMK Tun Habab mencatat keputusan 99.46 peratus kelulusan kerana seorang calon gagal dalam mata pelajaran Sejarah dan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 3.33. Seorang calon mendapat keputusan semua pelajaran A+ iaitu Nureen Zulaikha Balqis binti Ibrahim dan 22 orang calon mendapat semua A. Senarai calon yang mendapat semua A :
- Arissa Nabila Binti Azmi
- Wong Xi Lin
- Ng Wei Bin
- Tee Jia Xuan
- Tan Zi Ying
- Nur Hidayah Sofiya Binti Mohd Kamal
- Hani Nur Zahirah Binti Rohaimi
- Lim Wen Wei
- Nur Alya Binti Mohd Rizel
- Nurul Yasmin Binti Mohd Yusoff
- Hau Mok Yan
- Goh Yi Fei
- Noor Farisha Ramadhani Binti Shahir
- Nur Farzana Binti Hasbullah
- Muhammad Nur Iman Bin Mohd Rafizal
- Rafi Izzati Binti Ramlan
- Gan Choon Yong
- Lacus Choo Xi Ying
- Putri Insyirah Binti Azman
- Nurshiela Melissa Binti Mohamad Lazim
- Muhammad Aqlan Khalid Bin Saharudin
- Nur Aqilah Binti Musa
Turut hadir pada majlis pengumuman SPM 2024 ialah Ustaz Norzaidi bin Ismail yang merupakan Pegawai SIP+ PPD Kota Tinggi. Tahniah kepada semua calon SPM dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah mendidik dan mengajar mereka.