SMK Tun Habab Meriahkan Majlis Persaraan Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Pada 14hb November 2022, pelajar daripada SMK Tun Habab telah dijemput untuk memeriahkan majlis meraikan barisan guru dan pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang bersara pada tahun 2022. Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra dan Muhammad Hazziq bin Mohd Helal menyampaikan 4 lagu dalam majlis tersebut iaitu lagu Doa yang dipopularkan oleh Zubir Ali, lagu Ku Mohon , PadaMu ku Bersujud dan juga Lagu Zaman. Semoga persembahan ini menjadi satu sumbangan daripada anak murid kepada warga pendidikan yang bersara.

Penulis

Cikgu Nurashikin binti Ishak

Copyright Themes © 2022