SMK Tun Habab Johan Chemyfun

Pada 23 dan 28 Mei 2022, Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Malaya telah menganjurkan program ChemyFun dalam platform Google Meet bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Dalam tempoh sesi 1 dan 2 berlangsung, telah diadakan pertandingan video pendek bertemakan Kimia dalam Makanan dan kumpulan John Dalton yang diwakili oleh Kashwini a/p Raman, Aswin a/l Anbarasu dan Sangeeta a/p Sivakumar telah mendapat tempat pertama mengalahkan pelajar dari MRSM. Manakala bagi kuiz kimia yang berlangsung, Aswin a/l Anbarasu mendapat tempat kedua setelah dikira purata jumlah markah bagi Sesi 1 dan 2. Semoga dengan penyertaan pelajar-pelajar dapat meningkatkan ilmu dalam bidang kimia khususnya kimia makanan dan industri seterusnya meningkatkan minat untuk menceburi bidang kimia di masa akan datang. Syabas dan tahniah diucapkan!

Copyright Themes © 2022