Perhimpunan Rasmi Kokurikulum

Perhimpunan rasmi kokurikulum kali pertama telah berlangsung pada 18 Mei 2022 di Dewan Seri Tun Habab. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) SMK Tun Habab dengan bimbingan Cikgu Mohamad Ezaq bin Mohd Zain dan Cikgu Harisun Rizal bin Roslan. Perbarisan hari ini diketuai oleh Kem Komanden, Korporal Nur Hasyikin binti Mustaffa daripada kelas 3 Al Jauzi.

Perhimpunan rasmi ini dihadiri oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil dengan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Norzita binti Yunos.

Copyright Themes © 2022