Webinar Melahirkan Adiwira Malaysia

Webinar Melahirkan Adiwira Malaysia telah berlangsung pada 27 November 2021. Webinar ini telah dianjurkan oleh UTHM di bawah program khas Sekolah Angkat UTHM.

Seramai 30 orang pelajar SMK Tun Habab telah terlibat sebagai peserta program menggunakan aplikasi Zoom. Program dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan ringkas daripada Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Ts. Dr. Azizul Azhar bin Ramli. Encik Asrul bin Nasirudin daripada Wau Animation Sdn Bhd telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi pengalaman dengan para pelajar. Beliau adalah antara orang penting yang terlibat bagi penerbitan serial animasi Ejen Ali dan Ejen Ali The Movie.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menghadiri seminar ini.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022