Pada 20 Jun 2019 telah berlangsung Hari Profesionalisme SMK Tun Habab. Semua ibu bapa pelajar SMK Tun Habab dijemput hadir untuk bertemu dan berbincang dengan guru tingkatan tentang prestasi anak- masing-masing. Masa pertemuan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semoga dengan perbincangan seperti ini dapat menyuntik semangat anak-anak Glorious Tun Habab untuk prestasi yang lebih cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PT3 dan SPM 2019.