Program Semarak Buku 2019


Program Semarak Buku 2019 telah dilangsungkan di Dewan Seri Tun Habab pada 28 April 2019. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Rosleli bin Jahari, ADUN Johor Lama. Cikgu Muhamad Radzi bin Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Habab mewakili pengetua telah menerima 100 buah naskhah sumbangan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Turut bersama dalam program ini ialah Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Bin Shaharom (Pengerusi Lembaga Pengelola), Puan Kamariah Binti Abu Samah (Ketua Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur), Tuan Abang Haliman Bin Haji Abang Julai (Pengarah DBP Wilayah), Encik Khairul Akmar Bin Abdullah (Pegawai Kokurikulum JPN) dan Encik Ishak Bin Ismail (Pegawai Kokurikulum PPD). Semarak Buku ini dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama SMK Tun Habab. Terdahulu, program dimulakan dengan slot Bicara Karya: Travelog Menjejak Sejarah Johor Lama dimana pembicaranya ialah Tuan Syed Azharul Asri dan Encik Amad Bahri Mardi sebagai moderator dan slot Pertandingan Baca Naskhah Sulalatus Salatin Versi Jawi Peringkat Negeri Johor. Pada masa yang sama, jualan buku juga turut diadakan kepada pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan buku-buku terbitan DBP. Pada majlis berkenaan, YB Tuan Haji Rosleli turut menyampaikan hadiah pemenang bagi Pertandingan Baca Naskhah Sulalatus Salatin Versi Jawi peringkat negeri Johor iaitu saudara Abd. Hadi bin Abd. Rahman yang membawa pulang sijil dan wang tunai RM250.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022