Misi 312 Bersama Tuan Pengetua


Pada 8 April 2018, telah diadakan perjumpaan pelajar-pelajar tingkatan 6 bersama tuan pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil di Dewan Seri Tun Habab. Pertemuan dengan tuan pengetua adalah bertujuan untuk mengingatkan kepada calon-calon STPM 2018 agar dapat mencapai PNGK STPM 2018 ini iaitu 3.12. Pengetua mengharapkan agar pelajar-pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan Penggal 2 yang akan dihadapi tidak lama lagi. Ini penting supaya pelajar tidak perlu mengulang mata pelajaran dan dapat menjimat masa mengulangkaji pada akhir tahun nanti. Pesanan tuan pengetua juga, agar pelajar-pelajar tidak malu untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing. Semoga pada STPM 2018, kita akan mencapai misi, PNGK 3.12.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022