Hari Sukan Negara Meriah!

Pada 8 Oktober 2016, seluruh pelusuk negeri menyambut Hari Sukan Negara. Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

SMK Tun Habab turut menyambut Hari Sukan Malaysia di Padang Kerajaan Kota Tinggi dan di peringkat asrama telah diadakan di Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT). Pengetua SMK Tun Habab, En. Anuar b Sukiran turut bersama dengan guru-guru dan pelajar-pelajar melakukan aktiviti atau program yang telah dianjurkan.

photo_2016-10-10_07-34-10
Pengetua turut bersenam robik dengan pelajar-pelajar

photo_2016-10-09_15-37-47photo_2016-10-09_16-51-36 photo_2016-10-09_15-37-52 photo_2016-10-09_15-37-55 photo_2016-10-09_15-37-58 photo_2016-10-09_15-38-07 photo_2016-10-09_15-38-11 photo_2016-10-09_16-51-25 photo_2016-10-09_16-51-33 photo_2016-10-09_16-51-39  photo_2016-10-09_16-51-21

#Sumber gambar daripada En. Saharudin dan Pn. Ku Sunira

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022