
Pelancaran Bulan Kebangsaan yang bertemakan Sehati Sejiwa  telah diadakan pada 21 Ogos 2016 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh En. Anuar b Sukiran, pengetua SMK Tun Habab. Beliau mengingatkan para pelajar agar mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang dan menghargai perjuangan orang-orang lama serta berusaha untuk mengekalkan perpaduan agar negara kekal aman dan sejahtera.
Majlis yang dianjurkan oleh panitia Sejarah akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama dengan guru-guru yang terlibat dalam bidang kemanusiaan yang diterajui oleh Pn. Noorizah bt Zakaria (GKMP Kemanusiaan). Majlis diteruskan dengan program kecemerlangan Sejarah


#Sumber gambar dan berita Pn. Suriah dan Pn. Noorizah