Program Penyampaian Bantuan Kit SPM dan Bantuan Makan Tengah Hari 2026 telah berlangsung di Musolla Al Habib SMK Tun Habab pada 18 November 2026. Penyampaian bantuan kit SPM sumbangan YB Tuan Haji Manndzri bin Hj Nasib, Ahli Parlimen Tenggara disampaikan kepada wakil pelajar SPM melalui YDP PIBG SMK Tun Habab, Puan Hajah Noriasah binti Sadek. Manakala sumbangan makanan tengah hari pula disampaikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba kepada pengetua cemerlang SMK Tun Habab, Encik Farzeli bin Che Mat Mustafa.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga guru dan murid yang telah menjayakan Program Bantuan Kit SPM dan Bantuan Makan Tengah Hari 2026. Semoga inisiatif ini memberi manfaat dan menyuntik semangat kepada murid untuk terus mencapai kecemerlangan. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua.








































