Majlis Solat Hajat Perdana telah diadakan pada 13 November 2026 bersempena dengan peperiksaan awam yang akan berlangsung tidak lama. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Azman bin Safii, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa (Pengetua Cemerlang SMK Tun Habab) dan Cikgu Dr. Johar bin Bunimin (Pengetua SMK Laksamana) serta para pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi. Majlis dimulakan dengan slot tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Alauddin bin Musa (Guru Pendidikan Agama SK Sungai Telor). Diikuti dengan solat Taubat dan Solat Hajat serta bacaan Yaasin di Musolla Al Habib, SMK Tun Habab. Seterusnya ucapan dari PPD Kota Tinggi, Encik Azman bin Safii dan penyampaian cenderamata.
Dengan penuh pengharapan dan keinsafan, Program Solat Hajat Perdana telah menghimpunkan para pelajar dan guru-guru Tingkatan 5 dari SMK Tun Habab dan SMK Laksamana bagi memohon keberkatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi peperiksaan.
Semoga setiap doa yang dititipkan menjadi asbab kejayaan, setiap usaha membuahkan hasil dan semua calon SPM dan STPM dikurniakan kecemerlangan dunia dan akhirat.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah hati kami dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻




































