Pada 24 September 2026, pasukan bola jaring SMK Tun Habab telah menyertai jemputan Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah Tingkatan 6 Peringkat Negeri Johor 2026 di Kompleks Sukan Komuniti Serom, Pulau Penarik, Sungai Mati, Tangkak. Sebanyak 12 buah sekolah yang telah menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Tingkatan 6 SMK Tengku Mahmud Iskandar.
1. STUDI, Muar
2. SMK Tengku Mahkota, Muar
3. SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat
4. SMK Benut, Pontian
5. SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang
6. SMK bandar Tenggara, Kulai
7. SMK Tengku Mahmud Iskandar, Tangkak
8. SMK Ledang, Tangkak
9. SMK Tun Habab, Kota Tinggi
10. SMK Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh
11. SMKA Maahad, Muar
12. SMK Tun Sardon, Batu Pahat
SMk Tun Habab berjaya mendapat tempat ketiga apabila berjaya menewaskan SMk Bandar Tenggara dengan jaringan 6 – 1. Tahniah kepada kontinjen Tingkatan 6 SMK Tun Habab yang diketuai oleh Cikgu Rohana binti Tayen dan Cikgu Rahmzaniza binti Md. Amin.
















