Sambutan Maulidur Rasul 1448H telah berlangsung di SMK Tun Habab pada 22 September 2026. Majlis dimulakan dengan perarakan pelajar mengikut kelas masing-masing dengan membawa sepanduk sambil berselawat. Juri profesional menilai markah perarakan dari mula hingga selesai perarakan. Diikuti dengan bacaan Al Quran dan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar SMK Tun Habab. Maulidur Rasul yang bertemakan Meneladani Sunnah Rasul, Membina Generasi Berakhlak Mulia tahun ini turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Puan Noriasah binti Sadek dan barisan AJK PIBG SMK Tun Habab.
Jamuan makan bersama-sama dengan pelajar dihidangkan sebelum sesi ceramah. Hidangan enak ini adalah sumbangan dari guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar SMK Tun Habab dihidangkan menggunakan dulang dimakan bersama-sama mengikut sunnah Rasulullah. Sebelum bersurai, diumumkan kelas yang menang perarakan Maulidur Rasul 1448H menegikut tingkatan. Pemenang menerima hamper makanan daripada pengetua SMk Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa.
Terima kasih atas kersama semua.












































