Skip to content

Hari Keusahawanan dan Hari Sukan Negara

  • by

Pada 23 September 2026 telah diadakan Hari Keusahawanan dan Hari Sukan Negara di Dewan Seri Tun Habab. Pelbagai program dan gerai jualan seperti jualan makanan dan minuman, rumah hantu dan pameran. beberapa pertandingan turut diakan seperti ESport, catur, bola tampar gergasi, plogging dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan juga disediakan kepada semua warga SMK Tun Habab.

Aktiviti pagi dimulakan senaman bersama-sama dengan pasukan Aerodance yang dibimbing oleh Cikgu Nurul Nadia binti Ruhani. Mereka telah mewakili sekolah dalam pertandingan aerodance peringkat negeri Johor baru-baru ini. Pameran STEM yang diselia oleh Cikgu Mawar Husan binti Jasimin dan Cikgu Nadia Nurulzanna binti Abd. Hamid serta pelajar-pelajar aliran sains.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan murid atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan Hari Keusahawanan dan Hari Sukan Negara. Syabas semua!