Pertandingan Bola Jaring Tingkatan 6 Peringkat daerah Kota Tinggi telah berlangsung pada 17 September 2026 di Dewan JKR Kota Tinggi. 7 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pertandingan adalah peringkat kumpulan iaitu kumpulan A dan B. SMK Tun Habab menjadi johan kumpulan A menentang Naib Johan kumpulan B iaitu SMK Laksamana pada perlawanan separuh akhir. SMK Tun Habab bertemu dengan SMK Tanjung Datuk sekali lagi apabila SMK Laksamana tewas dengan 10 – 4. Manakala pada pertandingan akhir pula, SMK Tun Habab berjaya menewaskan SMK Tanjung Datuk dengan jaringan 10 – 5.
Nursyafika binti Mohd Zais telah dipilih sebagai penjaring terbaik dan Nurul Nafisah binti Mohd Hisham pula dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik. Pasukan SMK Tun Habab berjaya mengekalkan gelaran juara bagi tahun keempat berturut-turut. Tahniah dan terima kasih kepada guru pembimbing dan para pemain.


















