Skip to content

Pengumuman Keputusan dan Majlis Graduasi STPM 2025

Pengumuman Keputusan dan Majlis Graduasi STPM 2025 telah berlangsung pada 18 Jun 2026 di Dewan Pusat Tingkatan Enam (Dewan PTE) pada jam 11.30 pagi. Semua pelajar telah menerima sijil graduasi daripada Pengetua Cemerlang SMK Tun Habab, Encik Farzeli bin Che Mat Mustafa. Pada majlis itu, tuan pengetua turut mengumumkan keputusan STPM 2025 dan pencapaian bagi setiap mata pelajaran. Pelajar Tingkatan 6 Al Farabi, Cheong Ying Xuan telah diumumkan pelajar STPM Terbaik apabila mencatat PNGK 4.00. Beliau menerima sijil, jambangan coklat dan sekeping emas kecil daripada tuan pengetua. Beliau turut menyampaikan sijil kepada semua pelajar yang mencapai keputusan 3.00 dan ke atas.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan guru Tingkatan 6 yang melaksanakan majlis yang meriah ini.