Pada 30 April 2026, Cikgu Saidin bin Rahmat yang mewakili Pengetua Cemerlang SMK Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa telah menerima anugerah atas pencapaian SPM 2025 yang telah diumumkan baru-baru ini. Anugerah telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Azman bin Safii di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. SMK Tun Habab telah menerima anugerah seperti berikut :
- Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah
- Anugerah Peningkatan Peratus Layak Terima Sijil
- Anugerah Sekolah Penyumbang Calon Cemerlang SPM 2025
- Anugerah Aspirasi Bitara Gred Purata Mata Pelajaran Sains Komputer
- Anugerah Aspirasi Bitara Gred Purata Mata Pelajaran Pendidikan Islam
- Anugerah Aspirasi Bitara Peratus Lulus Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Tahniah kepada semua guru yang menyumbang kepada kecemerlangan SPM 2025. SMK Tun Habab menduduki tempat kedua terbaik selepas Sekolah Sains Kota Tinggi (SAKTI) bagi keputusan SPM 2025 di daerah Kota Tinggi. Semoga ini menjadi inspirasi kepada semua guru dan calon SPM 2026.


