Pada 21 hingga 22 April 2026 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSSD Kota Tinggi di SJKC Pei Hwa dan Gelanggang Jalan Binjai, Taman Kota Jaya. Pada kejohanan itu, SMK Tun Habab tewas dengan SMK Laksamana pada perlawanan penentuan johan dan naib johan. Tahniah kepada semua pemain, jurulatih utama, Cikgu Muhammad Azri dan barisan pengurusan pasukan Bola Tampar.
Selain itu, Nur Muhammad Reefdy bin Shahrul Azhar (5 Al Khindi) menerima anugerah Best Spiker dan Mohamad Danish Haikal bin Nazreen (5 Ar Razi) sebagai Best Receiver pada kejohanan semalam.












