Skip to content

Majlis Ikrar dan Aku Janji SPM dan STPM 2026

Majlis Ikrar dan Aku Janji SPM dan STPM 2026 berlangsung pada 10 April 2026 di Dewan Seri Tun Habab dengan kehadiran Yang Berhormat Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Anak Suria. Seterusnya lafaz ikrar Rukunegara dan bacaan doa oleh wakil pelajar.  Sedikit laporan audit akademik bagi SPM 2025 dan STPM 2024 (STPM 2025 belum diumumkan). Ucapan alu-aluan oleh pengetua cemerlang SMK Tun Habab, Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa dan ucapan perasmian oleh YB Haji Manndzri bin Haji Nasib, Ahli Parlimen Tenggara. Sebelum itu, YB Haji Manndzri telah merasmikan Techno Maker Lab (TLM) yang diuruskan oleh Cikgu Khairul Anuar bin Hasan. Beliau turut meluluskan permohonan untuk menaiktaraf TML untuk keselesaan para pelajar.

Seterusnya lafaz ikrar atau Aku Janji SPM dan STPM 2026 oleh semua calon yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM. Majlis Akujanji SPM dan STPM 2026 tamat pada jam 12.30 tengah hari dan guru / pelajar lelaki bersedia untuk menunaikan Solat Jumaat di Musolla Al Habib SMK Tun Habab.