Skip to content

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 10 April 2026. Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir. Mesyuarat ini penting bagi memastikan ibu bapa / penjaga mengambil tahu tentang prestasi akademik anak-anak dan pengurusan perbelanjaan PIBG untuk aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang sentiasa menyokong pihak sekolah melalui sumbangan PIBG pada setiap tahun. Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 yang diketuai oleh Puan Noriasah binti Sadek yang telah menjalankan tanggungjawab membantu pihak sekolah dalam pelbbagai aktiviti yang boleh menyumbang potensi anak-anak SMK Tun Habab.