Tahniah kepada Siti Aisyah binti Salleh dan guru pembimbingnya, Cikgu Dorina Anak Tulis kerana telah diumumkan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pidati Peringkat Kebangsaan anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Bangunan Siltan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada 6 April 2026.
Daripada 1113 penyertaan bawah kelolaan NADI seluruh Malaysia secara rakaman video hanya 15 berjaya ke separuh akhir. Pada peringkat akhir hanya 6 terbaik telah terpilih dan pertandingan dijalankan secara bersemuka iaitu dari negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak dan Selangor.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Juwaliah binti Ramli, Pengurus NADI Kampung Batu Ampat atas pengurusan peserta.





