Skip to content

Riang Ria Rumah Terbuka Habab

Pada 8 April 2026 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di SMK Tun Habab. Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar, diikuti dengan marhaban oleh guru-guru dan beberapa orang wakil pelajar lelaki. Seterusnya ucapan dari Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa, Pengetua Cemerlang, SMK Tun Habab. Seterusnya persembahan nyanyian lagi raya oleh Cikgu Ahmad Syaril bin Abd. Rahman yang berduet dengan Cikgu Rohasnita binti Hassan. Pertandingan menyambung lagu yang dikelolakan oleh Cikgu Ahmad Syaril dan teka kuih raya. Persembahan kumpulan muzik yang diketuai oleh Cikgu Mohd Firdaus bin Syaid.

Persiapan jamuan raya dan jamuan Hari Raya Aidilfitri bermula pada jam 11.00 pagi.