Usai program Sumbangan Kasih Syawal 2026, meyambung pula Majlis Khatam Al Quran yang bermula jam 10,30 pagi pada 17 Mac 2026. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan seterusnya khatam Al Quran yang dibacakan oleh 10 orang pelajar terpilih. Setelah itu selawat marhaban oleh semua pelajar dan guru yang berkumpul di Dewan Seri Tun Habab. Tazkirah Ramadan dan persembahan nasyid serta ucapan perasmian penutupan oleh Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa, Pengetua Cemerlang SMK Tun Habab. Penyampaian cenderamata menutup Majlis Khatam Al Quran bagi tahun ini.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyyah Sekolah yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar pendidikan Agama Islam.










