Majlis Iftar Jamaie SMK Tun Habab yang menghimpunkan guru-guru serta AKP telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan keberkatan pada 12 Mac 2026. Semua guru dan AKP SMK Tun Habab berkumpul di Musolla Al Habib dan dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mhod Shukri. Usai berbuka puasa dgn kurma, solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hakimi. Jamuan iftar bersama-sama dengan hidangan yang ringkas tetapi menyelerakan.
Iftar Jamaie ini turut meraikan persaraan Puan Azlina binti Ahmad yang sebelum bertugas sebagai pembantu Makmal Kimia dengan dihadiri oleh Cikgu Farzeli bin Che Mat Mustafa, Puan Noriasah binti Sadek (YDP PIBG) dan barisan Jawatankuasa PIBG SMK Tun Habab serta suami kepada Puan Azlina, Tuan Haji Yahya bin Mohamed.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KGK atas usaha dan kerjasama dalam menyediakan juadah iftar. Terima kasih juga kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir, memeriahkan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar SMK Tun Habab. Semoga kebersamaan ini terus memperkukuh silaturahim dan membawa keberkatan buat kita semua.


















