Skip to content

Bengkel Robotik 2026

Bengkel Robotik telah berlangsung di MakerSpace@Universiti Tun Hussein On (UTHM) Batu Pahat pada 12 Mac 2026. Tiga orang pelajar tingkatan 3 telah mengikuti program itu sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan robotik di UTHM pada bulan Mei nanti. Pada bengkel ini, Pelajar telah belajar untuk membina aturcara untuk mengawal aktiviti robot.

Selain daripada SMK Tun Habab, beberapa buah sekolah sekitar negeri Johor turut sama menyertai bengkel ini seperti SMK Agama Bandar Penawar, SK Tanjong Gading, SK Simpang Jeram, SK Peta, SMK Tun Perak, SK Tanah Abang dan SMK Gelang Patah. Terima kasih Cikgu Khairul Anuar bin Hasan kerana membuka ruang dan peluang kepada pelajar SMK Tun Habab merasai pengalaman ini.