Skip to content

Bengkel Aplikasi Teknologi Dron Dalam AI, Inovasi dan Robotik

Bengkel Aplikasi Teknologi Dron Dalam AI, Inovasi dan Robotik telah diadakan pada 10 Mac 2026 di Technomaker Lab, SMK Tun Habab. Seramai 10 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 telah dipilih untuk menghadiri bengkel yang disampaikan oleh bekas pelajar SMK Tun Habab, Saudara Muhammad Amir Hariz bin Mashuri. Saudara Amir Hariz yang masih menuntut di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat telah dijemput untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran mengendalikan dron, inovasi dan robotik.

Saudara Amir Hariz pernah menerima anugerah Ikon Kejuruteraan peringkat negeri Johor dimana SMK Tun Habab pernah menerima Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat negeri Johor dan Naib Johan Anugerah Pembestarian Sekolah di peringkat kebangsaan tahun 2019.